Wednesday 7 November 2012

PruUmmah

PruUmmah – Jaminan Haji Anda

SIMPANAN, PERLINDUNGAN DAN MEMENUHI KEPERLUAN ROHANIAH –
SEMUANYA DALAM SATU


Apakah itu PruBSN Ummah? 

Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai
kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan rohaniah dipenuhi.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti Elaun Haji, Haji Badal, manfaat Takaful Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Kini, PruBSN Ummah yang telah dinaik taraf menawarkan manfaat-manfaat pilihan tambahan seperti Double Takaful Plus, Ummah Saver dan rider-rider Contributor. Pelan ini juga ditawarkan untuk anak anda seawal umur 1 tahun. Ianya memberi anda pilihan untuk membantu meningkatkan simpanan anda dengan lebih cepat dan mendapat perlindungan yang lebih luas dan lebih baik untuk anda dan orang yang tersayang.

PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda dan orang tersayang tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.

Siapa yang boleh menyertai pelan ini?

Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 1 – 60 tahun yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.

Bagaimana PruBSN Ummah boleh membantu anda di samping simbanan Tabung Haji anda?

PruBSN Ummah bukanlah pengganti bagi akaun Tabung Haji anda.
Ia merupakan pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan Takaful tambahan.

Rancang dan Tingkatkan Simpanan anda
  • Peroleh bonus loyalti sebagai Elaun Haji.
  • Tingkatkan simpanan anda melalui Ummah Saver.
  • Rancanglah kegunaan simpanan anda untuk perjalanan ke tanah suci – sama ada untuk Haji atau Umrah.
Dapatkan Perlindungan Meluas
  • Dapatkan ketenangan jiwa melalui manfaat Khairat Kematian dan Haji Badal sebagai tambahan kepada perlindungan asas anda.
  • Dapatkan manfaat Takaful Berganda semasa mengerjakan Haji dan Umrah yang pertama anda dan luaskan perlindungan untuk setiap perjalanan Haji atau Umrah dengan rider Double Takaful Plus.
  • Tingkatkan perlindungan pelan anda untuk meliputi penyakit kritikal.
  • Memastikan perlindungan berterusan dengan pelbagai rider Contributor.
  • Kini anda boleh mulakan perancangan perjalanan rohaniah anak-anak anda seawal umur 1 tahun.

Penuhi Keperluan Rohaniah
  • Menunaikan ibadah Haji anda melalui manfaat Haji Badal.
  • Menjaga keperluan keluarga anda di rumah.
  • Menguruskan harta pusaka anda sebaiknya melalui Penulisan Wasiat Islam.
Fakta-fakta penting:

1. Perbelanjaan Haji yang TinggiPerbelanjaan Haji di bawah Tabung Haji pada masa ini adalah RM9,880 manakala perbelanjaan Haji di bawah mana-mana Agensi Pelancongan Haji memerlukan sekurang-kurangnya dua kali ganda jumlah tersebut. (Risalah rasmi Tabung Haji, 2010)
2. Kepentingan Memiliki WasiatDiriwayatkan oleh Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Dilarang bagi seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu untuk diwasiatkan melengahlengahkannya selama dua malam tanpa menulis wasiatnya dan disimpan tersedia bersamanya.” (Sahih Bukhari)

3. Statistik Kematian Akibat Penyakit Kritikal60% daripada kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh kanser, penyakit berkaitan dengan jantung dan pernafasan. (WHO, 2009)

Download Risalah


sebelum                                       PRODUK                                 seterusnya