Showing posts with label Insuran. Show all posts
Showing posts with label Insuran. Show all posts

Thursday, 6 December 2012

Bantulah Anak Kami

Oleh Syed Ismail Syed Abu Bakaram@hmetro.com.my    


GEORGETOWN: Seorang remaja perempuan memerlukan sumbangan bagi membiayai kos rawatan dan pembedahan jantung berlubang yang dihidapinya sejak berusia lapan bulan.

Mira Natasya Suria, 19, dari Taman Seri Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, dekat sini, memerlukan sumbangan segera berjumlah RM45,000 bagi membiayai pembedahan jantung berlubang dalam tempoh terdekat.

Bapa remaja itu, Suria Sudin, 43, peniaga kuih, berkata penyakit anak sulungnya dikesan ketika mendapat rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) sejak berusia lapan bulan. “Walaupun sudah menjalani dua pembedahan sejak berusia dua tahun pada 1994 dan 1998 bagi memasukkan tiub sesalur darah di Hospital Pantai dan Ampang Puteri, Kuala Lumpur, namun keadaannya semakin teruk,” katanya.


Menurutnya, kos itu diperlukan bagi menutup saluran jantung, membesarkan sesalur darah, menggantikan injap tiruan dan tiub sesalur darah yang rosak di Hospital Gleneagles, di sini.Katanya, dengan pendapatannya kira-kira RM600 sebulan ia tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan dan pembedahan Mira Natasya apatah lagi isterinya, Zuraini Redzuan, 43, dan anak keduanya, Mira Mardiana, 17, pelajar tingkatan lima menghidap penyakit Thalasemia.

"Saya hanya menerima bantuan menerusi Skim Bantuan Am untuk kos rawatan Mira Natasya daripada Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Barat Daya RM135 sebulan,” katanya.Suria berkata, keadaan kesihatan Mira Natasya kini semakin tidak menentu dan sering sakit. termasuk batuk berpanjangan manakala bibir, kuku jari tangan dan kaki menjadi kebiru-biruan.

Katanya, anak sulungnya itu turut dimasukkan ke HPP tahun lalu kerana mengalami beberapa implikasi kesihatan kesan daripada kelewatan menjadi pembedahan.“Saya berharap orang ramai membantu kami membiayai kos rawatan dan pembedahan sekali gus memberi harapan kepada Mira Natasya untuk pulih,” katanya.Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh memasukkan wang ke akaun Maybank 107077358216 atau menghubungi talian 012-5029395.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/04/06

Tak cukup duit la nak ambil insuran… (NO MONEY)


Senario yang biasa didengari bila disarankan untuk mengambil insuran atau takaful. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana ilmu kewangan atau lebih khusus lagi pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.

Jom kita bincangkan. Jom kita selidik punca-punca dan ke mana ya… duit kita selalu ‘HILANG’?.

Antara tips dibawah diharap dapat merungkai segala permasalahan anda.
5
Tips 1 : Senarai Perbelanjaan

Berapa ramaikah di antara anda yang menyenaraikan perbelanjaan setiap bulan? Tidak? Mungkin juga anda ada menyimpan resit bagi setiap perpelanjaan tersebut? Tidak juga? Jadi… bagaimana anda nak tahu kemana wang anda pergi?

So, apa kata mulai hari ini anda senaraikan setiap perbelanjaan yang akan anda lakukan atau telah anda lakukan.

Senaraikan perbelanjaan bulanan anda mengikut beberapa kategori penting. Sebagai contoh perbelanjaan makanan, utiliti, duit poket, pengangkutan, hiburan dan lain-lain. Perincikan kategori perbelanjaan tersebut. Ini akan membantu anda mengenalpasti jumlah perbelanjaan yang anda tanggung setiap bulan.

Contohnya di dalam kategori utiliti, anda perlu membayar:
  • bil air,
  • elektrik,
  • astro,
  • telefon dan
  • bil-bil yang lain.

Sekarang buat anggaran perbelanjaan anda dan sesuaikan dengan kos sara hidup anda dibandingkan dengan pendapatan bulanan anda. Pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi 70% atau paling tinggi 80% daripada pendapatan anda. Jika tidak, anda sebenarnya menghadapi masalah aliran tunai yang tidak seimbang dan agak kritikal.
6
Tips 2 : Senarai Hutang

Anda mempunyai hutang pinjaman peribadi? Kereta? Rumah? Atau kad kredit? Anda tahu berapa baki hutang yang perlu anda jelaskan kepada pihak bank setiap bulan? Emmmm…. Tidak ramai sebenarnya yang tahu berapa baki hutang masing-masing. Apa yang mereka tahu ialah membayar sejumlah wang setiap bulan kepada pihak bank dan menunggu masa beberapa tahun untuk melangsaikan hutang tersebut.

Jika anda benar-benar tidak tahu berapa baki hutang anda yang tinggal… tulis dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada termasuklah hutang dengan keluarga dan rakan anda. Awas dengan perangkap hutang ya… banyak implikasi buruk jika anda terbeban hutang… anda boleh BACA DI SINI. Kemudian, kira berapa banyak bayaran ansuran yang anda bayar setiap bulan. Apa yang penting, anda mesti memastikan hutang anda tidak melebihi 20% daripada pendapatan anda sebulan.

Menurut Azizi Ali – penulis buku ‘BEST SELLER’: Jutawan Dari Planet Jupiter, beliau menyarankan agar hutang anda sebaik-baik tidak melebihi dari 15% pendapatan bulanan anda. Sekiranya tidak, anda akan merasa terbeban dan bermasalah dengan hutang tersebut.

Jadi macam mana? Dah tahu berapa banyak hutang yang anda tanggung? Banyakkah jumlah bayaran bulanannya? Haaaa…. Baru anda perasan banyaknya hutang anda? Teruskan bacaan anda untuk mengetahui cara penyelesaiannya…
7
Tips 3 : Penyiasatan

Penyiasatan apa pulak ni? Ini bukan slot Edisi Siasat di NTV7 tu ye, tetapi kali ini anda perlu menyiasat sesuatu mengenai kewangan peribadi anda. Apa sebab dan punca yang memungkinkan anda menghadapi krisis kewangan peribadi.

Jom kita mulakan. Pertama sekali, anda perlu tahu apakah puncanya anda menghadapi masalah kewangan. Jangan menyalahkan pendapatan yang kecil sedangkan anda sebenarnya memiliki jumlah hutang yang besar! Anda boleh hidup selesa sekiranya anda menguruskan kewangan dengan betul dan seimbang.

Baik! Dah tahu punca masalah kewangan anda?. Sekarang, senaraikannya satu persatu. Sudah? Jom kita siasat pula perbelanjaan bulanan anda ….

Dalam Tips 1 tadi anda telah menyenaraikan segala perbelanjaan anda selama sebulan. Cuba amati perbelanjaan tersebut. Lihat satu persatu. Yang manakah perbelanjaan yang tidak penting?

Kenalpasti perbelanjaan tersebut dan senaraikannya. Anda juga perlu menyenaraikan perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dalam erti kata lain perbelanjaan yang berlebihan.
8
Tips 4 : Potong…..

Anda sudah melepasi 3 perkara paling utama. Sekarang masanya untuk anda bertindak!

Keluarkan segala perbelanjaan yang tidak penting dari senarai perbelanjaan sebenar anda. Sentiasa ingat, selepas ini elakkan dari membeli sesuatu yang tidak penting atau tidak mendatangkan faedah kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Perhatikan senarai perbelanjaan harian atau bulanan anda yang masih tinggal. Tentunya semua perbelanjaan penting buat anda. Fikirkan sekali lagi. Mungkin dalam tidak sedar, sesetengah perbelanjaan tersebut adalah berlebihan atau membazir. Ada tak?

Seterusnya semak semula perbelanjaan tersebut dan kurangkannya pada masa akan datang.

Kedua-dua cara ini dapat membantu anda berjimat sekurang-kurangnya 10% daripada perbelanjaan sebenar! Dengan 10% baki wang yang tinggal ini, anda boleh menyimpannya di dalam tabungan persaraaan anda.

Haaaa.... macam mana? Dah dapat idea yang membantu? Sekarang sudah tentu anda bersedia untuk Tabung Persaraan anda... Hubungi saya di talian 012 680 5316. Kalau malu-malu nak call, hantarkan je sms pon boleh. SMS kan Nama, tarikh lahir, pekerjaan dan status merokok. Nak lagi mudah, isikan je borang yang disediakan di Free Quotation

Sunday, 2 December 2012

Perlindungan Untuk Baby Sejak Hamil Lagi...

Ramai orang bujang, tak kira la lelaki ke pompuan bila sampai seru nak nikah akan mula berkira2 ngan segala macam perbelanjaan. Perbelanjaan akan bertambah berganda bila disahkan hamil.. ermmm berita kehamilan mmg amat menggembirakan.. dalam gembira, bermacam kerisauan bermain dalam kotak pikiran...


 
Rasa cam nak ngandung balik je

Segala macam perbelanjaan dicongak... dari persiapan untuk menyambut kelahiran sampailah kepada soal perubatan sekiranya bayi kita sakit. nak nak pula sekarang ni kos rawatan amat amat mahal. bagi yang berkemampuan, bolehlah ke hospital swasta... bagi yang kurang kemampuan akan memilih hospital kerajaan... walaupun dari segi rawatan tidak jauh perbezaan antara hospital swasta dan kerajaan. namun elemen keselesaan dan layanan yang membuatkan ramai yang sanggup memilih hospital swasta.

Alangkah best nye kalau setiap kali kita dapat berita gembira berkaitan kehamilan, dari usia kandungan kita 20 minggu lagi bayi yang bakal lahir tu dilindungi dengan perlindungan takaful. Perlindungan takaful tu pula bukan hanya semasa bayi dalam kandungan sahaja, malahan berterusan selepas bayi dilahirkan. sure dah tak risau lagi kan..


Imej yang paling berharga dalam dunia

Teringat masa mengandungkan arwah Alesha dulu. hati gembira berbunga2. Masa tu langsung tak terlintas perkara yang buruk akan berlaku kepada arwah.Walaupun penyakit arwah tidak dapat dikesan semasa dari dalam kandungan, tetapi sebaik sahaja arwah dilahirkan, dia hanya sempat berada di rumah hanya beberapa hari sahaja... selebihnya di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU)... cerita arwah boleh korang baca di pautan kat Alesha Abriza in Memories kat blog ini.

Segala ubat dan nasihat doktor dipatuhi. Semua pantang larang orang tua2 diikut. Tapi sekiranya telah tercatit dalam takdir Allah, tiada siapa dapat menghalangnya. Tetapi, walaupun sesuatu telah ditentukan Allah, kita sebagai hambaNya perlu la berusaha untuk melakukan segala terdaya bagi mengubahnya kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang tersebut berusaha untuk mengubahnya.


Arwah Alesha Abriza di hari-hari terakhirnya

Kerana itu Prudential BSN Takaful Berhad memperkenalkan pelan takaful bagi ibu dan bayi yang dikandungnya. Terdapat pilihan perlindungan yang boleh dipilih iaitu PruBSN Smartlink, PruBSN Smartlink + extra basic dan Rider Baby care.

Mesti banyak yang korang nak tau kan? contohnya cam...

1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink melindungi anak korang seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh iniPrudential BSN Takaful Berhad memberikan anak korang perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Ianya jugak akan memberikan perlindungan semasa kehamilan serta manfaat-manfaatselepas lahir untuk bayi korang.

2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?

Korang boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika korang hamil 20 minggu dan khas untuk pompuan yang berumur di antara 19 dan 45 tahun.

3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya bersedia untuk berkeluarga?

Apabila korang sudah bersedia untuk berkeluarga, korang boleh mengambil rider Baby Care. Rider ini melindungi bayi korang dan diri korang semasa hamil dan sehingga 60 hari selepas melahirkan dan Prudential BSN Takaful Berhad akan berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran. Diorang juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak korang dilahirkan.

4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?

Khusus untuk pompuan berumur di antara 19 dan 40 tahun, korang boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink Pelan ini melindungi korang sekiranya korang hamil sebelum korang berumur 46 tahun.

Secara ringkasnya... camni la gambarannya. Katekan korang berminat ngan pelan takaful PruBSN Smartlink + extra basic. Apa yang korang dapat semasa mengandung adalah bayaran manfaat khairat kematian sebanyak RM2000 sekiranya keguguran manakala RM5000 untuk si ibu jika meninggal ketika hamil. Sekiranya si ibu meninggal dalam tempoh 60 hari selepas bersalin, manfaat kehilangan nyawa akan dibayar sebanyak RM5000 juga. Dan diskaun sebanyak 20% bagi pendaftaran pakej darah tali pusat (tawaran ini terhad). Manakala selepas bersalin pulak, sekiranya bayi korang meninggal dalam tempoh 30 hari dilahirkan manfaat kehilangan nyawa sebanyak RM2000 manakala selepas 30 hari, jumlah perlindungan asas dibayar. Sekiranya berlaku kelahiran pramatang dan bayi korang dimasukkan ke ICU/HDU dalam tempoh 30 hari selepas lahir, korang akan menerima bayaran sebanyak RM300/sehari. Akhir sekali sekiranya bayi korang kena inkubasi dalam tempoh 60 selepas dilahirkan tetapi mesti sekurang-kurangnya 3 hari berturutan korang akan menerima sebanyak RM100/sehari. Menarikan??

Korang tau tak PruBSN SmartLink juga menyediakan pelan bijak untuk masa hadapan anak kita. Selepas anak yang uols lahirkan tu berusia setahun, korang boleh menyumbang minimum sejumlah RM50 sebulan bagi tujuan tabungan pendidikan anak korang. Yang paling best, PruBSN SmartLink ini akan menganugerahkan token of appreciation sekiranya anak korang cemerlang dalam peperiksaan awam macam UPSR, PMR, SPM dan sehingga ke ijazah. Anugerah tersebut berdasarkan peratusan yang ditetapkan mengikut peperiksaan tertentu atas sumbangan perlindungan tahunan uols. Misalnya kalau sumbangan pelindungan tahunan korang RM1200 setahun, dan anak korang cemerlang dalam SPM, anugerah yang akan diberi berjumlah RM1800 atau 150% dari sumbangan pelindungan tahunan korang tu. Menarik tak??

Seronok kan bila kita tahu yang bayi yang kita kandung sentiasa dilindungi. Sekurang2nya segala kerisauan kita semasa dan selepas mengandung dapat diringankan.Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak buat sebarang temujanji, boleh klik sini.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza 

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH


kredit to: VirusPadu.com

Saturday, 24 November 2012

MRTA vs MLTA



Sempena Expo Hartanah Bumiputera (BPEX 2012) yang sedang berlangsung di  Mid Valley Exhibition Centre ni, MaiPruBSN nak review sikit pasal MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance.

MRTA adalah sejenis perlindungan insuran untuk pinjaman rumah bertujuan sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang tertunggak.


Antara Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut:
  1. Bayaran adalah secara lump sum (sekali gus).
  2. Jika jumlah premium terlalu mahal, biasanya akan dimasukkan ke dalam loan bg membolehkan bayaran secara bulanan.
  3. Jika ini berlaku, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah yang perlu dibayar akan lebih.
  4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
  5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
  6. Jumlah caruman lebih murah berbanding life insurance atau takafulink
  7. Tiada nilai tunai.
  8. Tidak boleh dipindah milik.
Bagi pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali membuat pinjaman perlu memohon plan MRTA dan sekiranya ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu pula membatalkan MRTA tersebut.

Seterusnya jika ingin membeli hartanah lain, sekali lagi perlu mengambil plan MRTA yang lain. Tentunya pada masa itu umur pembeli telah meningkat dan premium menjadi lebih mahal. Tetapi sekiranya pembeli mula menghidap pelbagai penyakit, tiada syarikat insuran/takaful akan menawarkan plan polisi. Rugikan?

Jadi... Apa pilihan yang ada untuk menggantikan MRTA?


Ciri-Ciri Investment Link (MLTA

  1. Bayaran secara berkala (regular). 
  2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur 80 tahun yang mana lebih dahulu.
  3. Jumlah perlindungan yang sangat fleksible dan boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
  4. Jumlah premium yang tetap. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
  5. Hartanah sedia ada ingin dijual/dipindah milik? Pindahkan saja polisi kepada hartanah yang baru.
  6. Yang paling baik, plan polisi boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan seperti medical card dan pelaburan. 
  7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.

Lihat jadual di bawah untuk lebih jelas.




Sekiranya hartanah anda adalah hanya untuk tujuan perlaburan, investment link sepatutnya menjadi pilihan anda kerana anda akan menjual hartanah tersebut dan membeli yang baru dan seterusnya anda tidak perlu membeli polisi insurans yang baru, walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada apa yang anda kehendaki dan jumlah wang dalam poket anda.

Masih belum jelas? Graf-graf di bawah harap banyak membantu.


1. Gambarajah menunjukan peminjam mengambil MRTA dan meninggal dunia sebelum pinjaman dilunaskan



MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada peminjam. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman. Kebiasaannya, premium dibayar sekaligus dan pihak bank akan menawarkan pinjaman. Apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, maka ia juga akan dikenakan interest. Jadi... tentunya pihak bank akan buat LEBIH BANYAK duit atas interest premium dari MRTA tersebut. JANGAN biarkan ini berlaku.

Sekiranya berlaku kematian pula, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.

2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.




Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam.
Macam ok jer.... bandingkan pula dengan graf-graf di bawah.

3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.




Berbanding pelan takaful/insuran, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan jumlah wang yang besar seperti plan MRTA. Secara tidak langsung, pembeli tidak dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.

Jika berlaku kematian pula, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan itu pula boleh digunakan oleh pewaris. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain daripada itu, pewaris juga mendapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takaful/insuran pada tahun kematian.

Contoh:

PINJAMAN - RM500,000
NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000
HIBAH – WARIS 100%

selepas 20 tahun peminjam meninggal dunia atau hilang upaya kekal (Total Permanent Disable), maka waris akan mendapat

NILAI PERLINDUNGAN – RM500,000
BAKI PINJAMAN – RM200,000(dibayar kepada bank)

BAKI NILAI PAMPASAN – RM300,000 + NILAI SIMPANAN PADA MASA ITU.
Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan.
Lihat graf dibawah.

4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.




Mari lihat bagaimana jika pembeli melangsaikan pinjaman. Pembeli bukan sahaja memiliki rumah yang dibeli malah akan mendapat kembali premium MLTA yang dibayar selama ini.
Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekkan. Lihat graf di bawah.

5. Nilai Simpanan




Dalam rajah di atas, menunjukkan dimana pada suatu masa baki pinjaman akan sama banyak nilai simpanan. Pada masa ini peminjam boleh surrender polisi MLTA dan selesaikan semua baki pinjaman yang ada maka tempoh pinjaman akan menjadi lebih pendek.

Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

Maklumat ini hanya memberi penjelasan secara ringkas. Untuk mendapatkan maklumat lengkap sila hubungi saya Mohammad Azrul 012-680 5316 atau email: maiprubsn@gmail.com

Friday, 16 November 2012

Anggota polis perlu insurans peribadi

Oleh MALINDA ABDUL MALIK


SALLEH (kanan) bertanya sesuatu kepada Abu Talib yang cedera dirempuh penunggang motosikal ketika melawatnya di Penang Adventist Hospital, George Town semalam.




GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mewajibkan anggotanya dicarum dengan skim perlindungan insurans peribadi sebagai persediaan jika berlaku kejadian buruk termasuk di luar waktu bertugas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, langkah itu merupakan pelengkap kepada insurans berkelompok yang diluluskan kerajaan pada Bajet 2013.
Menurut beliau, insurans peribadi penting memandangkan kemalangan semasa bertugas sehingga melibatkan kecederaan serius kerap berlaku.
"Kejadian pegawai atau anggota polis dirempuh semasa bertugas sering berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga memberi kesan buruk kepada anggota tersebut.
"Kita tahu kerajaan menyediakan peruntukan perubatan (kepada polis) tetapi jika mereka sendiri mempunyai skim perlindungan diri peribadi ia lebih baik," katanya selepas melawat seorang anggota polis trafik yang menjadi mangsa kemalangan yang kini dirawat di Penang Adventist Hospital di sini semalam.
Dalam kejadian Isnin lepas, Lans Koperal Abu Talib Shariff parah dirempuh motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara di Sungai Dua, Butterworth.
Mangsa ketika itu sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.
Dia tiba-tiba dirempuh seorang penunggang motosikal dan mengheretnya sejauh 30 meter sebelum tercampak ke lorong kecemasan.



Jumaat, 16 November 2012

Wednesday, 14 November 2012

Hutang... Jangan Terperangkap!


Implikasi Amalan Berhutang

1) Penyakit berhutang ini jika diamalkan akan menjadi satu budaya dalam kehidupan manusiayang boleh mendatangkan kesan negatif kepada pemiutang seperti muflis disebabkan bebanan hutang yang tinggi serta gagal melunaskan hutangnya.

2) Jiwa orang yang berhutang tidak akan tenteram dan aman, hidupnya dalam kancah resah gelisah dihantui oleh bebanan dan tuntutan hutang yang tinggi.

3) Seseorang yang terbeban dengan hutang itu akan memungkinkan ia melakukan pelbagai perkara yang dilarang oleh Syarak seperti mencuri dan menjual maruah diri semata-mata untuk melunaskan hutangnya.

4) Orang yang berhutang akan terikat hidupnya di dunia dan akan tergantung amalan dan rohnya setelah meniggal dunia sehinggalah dilunaskan segala hutang piutangnya semasa hidup. Sabda Rasulullah S.A.W :-

Maksudnya :
"Jiwa orang mukmin akan tergantung dengan hutangnya (iaitu tidak dihukum selamat atau celaka) sehinggalah dia menjelaskan hutangnya ".
Rasulullah S.A.W pernah berwasiat kepada para sahabat Baginda agar mengurangkan hutang seperti sabdanya :-

Maksudnya :
'Kurangkanlah dirimu daripada melakukan dosa, maka akan mudahlah bagimu ketika hendak mati. Kurangkanlah daripada berhutang nescaya kamu akan hidup bebas'
5) Amalan berhutang ini bukan sahaja melibatkan kehidupan dunia semata-mata, bahkan ia berpanjangan hingga ke hari akhirat. Sabda Rasulullah S.A.W:-

Maksudnya :
" Sesungguhnya sebesar-besar dosa di sisi Allah ketika seseorang hamba itu berjumpa dengan Allah nanti selepas dosa besar lain yang ditegah ialah seseorang lelaki yang berjumpa dengan Allah di hari Hisab dengan mempunyai hutang yang belum dijelaskan lagi "
6) Mereka yang berhutang walau sebanyak manapun amalan kebaikan yang dilakukan, ia tidak akan selamat di dunia dan di akhirat sekalipun dia mati syahid. Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya:-
"Semua dosa-dosa orang yang mati syahid diampuni kecuali hutangnya. " (Riwayat Bukhari, Tarmizi, An-Nasai' dan Ibn. Majah) 
Rasulullah S.A.W sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih mempunyai hutang. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah, bahawa bila didatangkan kepada Rasulullah S.A.W satu jenazah, Rasulullah S.A.W tidak akan bertanya tentang amalan si mati, tetapi bertanya apakah si mati mempunyai hutang atau tidak. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah tersebut atau baginda meminta sesiapa yang sanggup menaggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang tersebut akan diserah atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.




Implikasi Melewat-lewatkan Bayaran Hutang

Apabila seseorang itu berhutang, maka ia wajib membayarnya semula dengan kadar segera setelah berkemampuan berbuat demikian.

Islam menganjurkan antara perkara-perkara yang wajib disegerakan di atas dunia ini ialah membayar segala hutang piutang selain daripada menyegerakan pengkebumian jenazah dan mengkahwinkan anak perempuan.

Seseorang yang suka melewat-lewatkan bayaran hutang setelah berkemampuan untuk membayarnya, boleh mendatangkan kesan yang buruk dalam kehidupannya bukan sahaja didunia bahkan di akhirat antaranya:-

1) Mereka akan ditimpa kehinaan dan hilang maruahnya
2) Hidup mereka tidak akan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T
3) Perbuatan mereka itu digolongkan dalam perbuatan zalim
4) Amalan kebajikan mereka tidak akan diterima.

Sabda Rasululah S.A.W:

Maksudya:-
"Penangguhan hutang oleh orang yang berkuasa membayarnya adalah satu kezaliman, halal maruahnya dan hukuman ke atasnya (iaitu pemberi hutang boleh mengambil tindakan ke atas diri dan maruahnya)."
Seseorang yang berhutang itu, telah berjanji untuk membayar hutang mengikut sesuatu tempoh, tetapi dia tidak menepatinya, maka dia tergolong dalam golongan orang yang munafik sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-
" Tanda-tanda orang munafik itu ada empat iaitu;1) Apabila bercakap dia mendustainya2) Apabila berjanji dia memungkirinya3) Apabila diberi amanah dia mengkhianatinya4) Apabila bergaduh dia berlebih-lebihan. "
Dalam konteks masyarakat kita pada hari ini terdapat segelintir masyarakat yang berhutang, tetapi tidak menjelaskan hutang tersebut. Seringkali kita dengar dan lihat melalui laporan media cetak dan elektronik menerangkan tentang situasi mereka yang terpaksa berdepan dengan pelbagai bahaya bukan sahaja kepada dirinya malah turut melibatakan ahli keluarga yang menjadi mangsa seperti diugut, dipukul, disamun, dibunuh dan sebagainya.

Dalam masa yang sama, pinjaman hutang yang terlalu tinggi ditambah pula dengan bunga-bunganya menyebabkan si pemiutang tidak mampu untuk membayarnya. Disebabkan tidak tahan melalui semua itu, mereka mengambil jalan pintas dengan membunuh diri dan ada juga dikalangan mereka yang dibunuh dengan kejam.



Syor Dan Saranan

• Setiap orang diharuskan berhutang tetapi harus diingat janganlah nilai hutang itu terlalu tinggi sehingga membebankan diri sendiri apabila hendak membayarnya.

• Setiap hutang akan melibatkan pemberi dan pemiutang. Bagi menjamin hubungan mesra sesama manusia, adalah menjadi kewajipan dan tanggungjawab si pemiutang untuk membayar semula apabila sampai tempoh perjanjiannya. Allah S.W.T berfirman :-

Maksudnya :
" Wahai orang-orang yang beriman, penuhilah serta sempurnakanlah perjanjian" (Al-Ma'idah : 1 )
• Pihak yang memberi hutang perlu mewujudkan satu perjanjian atau kontrak semasa berlakunya 'akad. Ini bagi mengelakkan sebarang bentuk penipuan berlaku seperti tidak langsung membayar semula hutang tersebut. Allah berfirman:-

Maksudnya :
" Wahai orang yang beriman apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa tertentu makan hendaklan kamu menulis (perjanjian hutang dan bayaran) dan hendaklah ditulis oleh seorang yang adil dan janganlah sesorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah mengajarkan. Hendaklah ia menulis dan orang yang berhutang merencana dengan jelas dan hendaklah bertakwa kepada Allah dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutangnya itu" (Al-Baqarah : 282)
• Orang yang berhutang hendaklah mempunyai sikap bertanggungjawab di atas hutangnya. Jangan sekali-kali menangguhkan pembayaran hutang tersebut apabila mempunyai peluang untuk membayar hutang kerana perbuatan tersebut digolongkan dalam perbuatan zalim dan dia berhak mendapat hukuman di atas perbuatannya itu.

• Orang yang berhutang hendaklah tidak terpengaruh dengan anasir-anasir buruk yang boleh membawa kepada bebanan hutang. Ia perlu mengamalkan sikap sabar dan cukup dengan apa yang dimiliki.

• Seseorang yang ingin berhutang hendaklah berniat serta bercita-cita untuk melunaskan hutangnya, semoga Allah akan memudahkan kepadanya untuk menjelaskan hutang.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:-
" Dan barangsiapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya dihari Kiamat: Apakah kamu mengira bahawa aku tidak akan menuntut hak hambaku?, maka diambillah amal kebaikkan orang itu, dan diberikan kepada orang yang memberi hutang, dan jika tidak mempunyai amal kabaikkan, maka dosa-dosa orang yang memberi hutang itu akan diberikan kepada orang yang berhutang"
• Rasulullah S.A.W. mengajar kita supaya sentiasa berdoa kepada Allah agar dijauh dan dibebaskan dari belenggu hutang dengan doanya yang masyhur:-

Maksudnya :
" Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindunganMu dari bebanan hutang dan paksaan dari orang yang memaksa"
Marilah kita bersama-sama menunaikan amanah ini dengan yang dipertanggungjawabkan itu dengan penuh rasa kejujuran dan komited agar dengannya kita bebas daripada tanggungan hutang serta mendapatkan keredhaan Allah S.W.T. di akhirat kelak insyaAllah.

Sumber: Selangor online


Dapatkah anda menyelesaikan segala masalah hutang piutang anda semasa hayat anda? Adakah anda mahu bebanan hutang yang anda tinggalkan membebani waris-waris anda selepas ketiadaan anda? Jika tiada waris-waris anda yang mampu menyelesaikan hutang piutang anda, adakah anda sanggup segala amal ibadah anda tergantung tidak dihisab?

Ingatlah, hanya 3 perkara yang akan menyelamatkan anda selepas mati.

1. Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah.
2. Amalan kedua ialah ilmu yang bermanfaat. Ilmu yang bermanfaat secara mutlak di dunia dan akhirat adalah ilmu syar’i (ilmu Islam).
3. Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia.


Tiada siapa pun di dunia ini yang pasti arah tuju anak-anak mereka selepas pemergian mereka. Adakah ada doa dikirimkan? Al- Fatihah disedekahkan? Kepada yang tidak sempat mengerjakan haji, adakah ada badal haji daripada waris-waris anda?

Dalam keadaan dunia serba moden ini pula, menuntut ilmu terutamanya ilmu akhirat amat susah dilaksanakan. Tanpa ilmu, bagaimana untuk anda mendapat manfaat daripada ilmu tersebut. Apatah lagi mendapat ganjaran daripada ilmu yang anda sampaikan atau ajarkan selagi ilmu tersebut diamalkan ke jalan ALLAH.

Mungkin hari ini anda telah menunaikan amalan sedekah, zakat dan sebagainya. Tetapi anda masih tidak bebas daripada hutang. Amalan anda tidak akan dihisab.

Dapatkan jalan penyelesaian dan khidmat nasihat daripada saya. Disamping menyelamatkan diri anda daripada tanggungan hutang selepas mati, anda juga boleh menambahkan saham akhirat anda. Untuk khidmat nasihat, hubungi saya Mohammad Azrul 0126805316.  KLIK SINI untuk Quotation PERCUMA.

Friday, 9 November 2012

Kenapa Insurans Nyawa (Konvensional) Haram Hukumnya...

Mengikut Syariah Kontrak Insurans komersial konvensional adalah diharamkan atas sebab-sebab berikut:-

[a] Gharar

''Gharar' diambil daripad perkataan Arab yang bermaksud ketidaktentuan (tidak jelas) . Menurut para ulamak "gharar" ditafsirkan sebagai kontrak di mana hasilnya tidak diketahui atau tersembunyi atau salah satu dari kemungkinannya di mana kejadian yang kerap berlaku adalah yang lebih dikhuatiri. Kontrak insurans konvensional ialah kontrak jual-beli di mana peserta membayar harga (premium) dan penyedia insurans menawarkan pampasan. Di dalam kontrak jual-beli elemen gharar yang boleh membatalkan kesahihan sesuatu jual-beli adalah dibenarkan.

Ayat Quran yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri". (an-nisa':29)

Walau bagaimanapun "barang" (subject matter) di dalam kontrak adalah diperlukan dalam menentukan kebenaran kerana adalah tidak logik untuk mengatakan yang seseorang memberi kebenaran tentang sesuatu yang ia tidak tahu. Terdapat empat jenis gharar yang telah dikenalpasti oleh ulamak kita. Antaranya:-

i. Gharar di dalam hasil pertukaran
Apabila kontrak dibuat, tidak kira, penyedia insurans atau peserta, mengetahui tentang hasil kontrak tersebut. Peserta tidak tahu dengan jelas samada ia akan mendapat pampasan atau tidak sebagai pertukaran kepada premium yang dibayarnya. Begitu juga dengan penyedia insurans, juga tidak mengetahui apakah hasil pertukaran daripada kontrak tersebut.
ii. Gharar di dalam kadar pampasan
Di dalam kontrak insurans konvesional peserta tidak mengetahui kadar pampasan memandangkan ianya bergantung kepada sesuatu kejadian yang mungkin atau tidak mungkin berlaku.
iii. Gharar di dalam hasil kepada pertukaran
Bila kontrak dibuat tidak kira penyedia insurans atau peserta tahu mengenai hasil pertukaran kontrak. Peserta tidak tahu samada mereka akan menerima pampasan hasil pertukaran kepada premium yang mereka bayar. Begitu juga dengan penyedia insurans mereka tidak tahu berapa banyakkah premium yang akan mereka terima. Kadang-kadang penyedia insurans akan menerima premium hanya sekali atau mungkin beberapa kali, tetapi perlu melindungi jumlah yang tidak setara dengan premium.
iv. Gharar di dalam tempoh masa
Mengikut sesetengah ulamak apabila sesuatu kontrak ditangguhkan, tempoh masanya hendaklah diketahui. Jika tidak kontrak dianggap terbatal (tidak sah). Situasi yang sama timbul di dalam kontrak insurans konvensional di mana pampasan adalah berdasarkan tempoh masa yang tidak diketahui.

[b] Maisir

'Maisir' juga diambil daripada perkataan Arab yang bemaksud perjudian. Kontrak insurans konvensional dikaitkan dengan perjudian di mana jika berlaku bencana, pihak penyedia insurans akan kerugian. Sebaliknya jika bencana tidak berlaku, pihak peserta pula akan kerugian. Tambahan pula sesetengah ulamak mempersoalkan tentang sumber wang yang dibayar sebagai pampasan kerana sumbernya tidak ditentukan.

[c] Riba

'Riba' diambil dari perkataan Arab yang bermaksud faedah. Terdapat banyak ayat-ayat Quran yang melarang 'riba'. Sering berlaku percanggahan pendapat di kalangan para ulamak tentang apakah sebenarnya yang dikaitkan dengan 'riba'. Sesetengah ulamak berpendapat bahawa faedah samada ke atas prinsipal atau bayaran lewat adalah 'riba'. Satu lagi bentuk riba menurut sunnah Rasulullah S.A.W. ialah elemen pertukaran barang-barang riba (ribawi) di mana terdapat perbezaan di dalam tempoh masa dan/atau kuantiti. Elemen 'ribawi yang dimaksudkan oleh Rasulullah S.a.w. adalah emas untuk emas, perak untuk perak, gandum untuk gandum, barli untuk barli, kurma untuk kurma dan garam untuk garam. Betul ataupun salah dengan membuat bandingan persamaan, wang adalah hampir sama dengan emas dan perak, yang mana kaedah ini dijadikan perantaraan bagi pertukaran. Elemen ribawi inilah yang mewujudkan perbezaan di dalam kedua-dua unsur kuantiti dan jumlah di dalam kontrak pertukaran di antara penyedia insurans dan peserta. Tambahan pula para ulamak ini mempertikaikan bahawa syarikat insurans konvensional memberi pinjaman daripada premium yang diterima dan mengenakan faedah dan ini tidak dapat dinafikan lagi sebagai riba.

Perbezaan antara Takaful dan Insurans

Takaful dan Insurans mempunyai tujuan yang sama iaitu memberikan jaminan dan bantuan kepada peserta dalam bentuk kewangan. Namun di antara keduanya terdapat perbezaan yang besar. Perbezaan yang wujud dapat dilihat daripada beberapa sudut berikut:

1. Hukum

Perniagaan Takaful adalah halal dan umat Islam harus menyertainya sementara perniagaan insurans telah diputuskan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan dan juga majlis-majlis fatwa lain. Perniagaan insurans mengandungi unsur Riba, Maisir dan Gharar. Maka membeli polisi insurans dan segala hasil pendapatan daripada syarikat inurans adalah haram.

2. Kontrak asas yang digunapakai

Dalam Insurans konvensional kontrak yang digunapakai ialah kontrak pertukaran (Mu’awadat) iaitu dalam bentuk jual beli. Sementara Takaful menggunakan kontrak derma (Tabarru’)

3. Kontrak-kontrak lain

Dalam Insurans konvensional tidak terdapat kontrak-kontrak lain selain kontrak jual beli. Tetapi dalam Takaful, digunakan kontrak wakalah (agensi) dan kontrak Mudharabah (perkongsian untung rugi)

4. Tanggung jawab pemegang polisi

Peserta Takaful akan menyumbang caruman untuk saling menjamin di antara semua peserta sementara pembeli insurans akan membayar premium kepada penanggung insurans. Penyertaan Takaful merupakan satu akad di kalangan peserta tetapi pembelian insurans adalah satu kontrak di antara penginsurans dan pemegang polisi.

5. Saluran pelaburan

Pelaburan kumpulan wang Takaful akan dilaburkan melalui instrumen pelaburan yang diharuskan dan pelaburan ini hanya akan dilakukan ke atas syarikat-syarikat yang telah dikelaskan sebagai patuh Syariah. Penentuan ini adalah berdasarkan senarai patuh Syariah yang dikeluarkan oleh Suruhan Jaya Sekuriti (SC).

Pelaburan syarikat insurans pula adalah bebas kepada semua jenis instrumen tidak mengira sama ada halal atau tidak. Ini termasuklah pelaburan ke atas syarikat perjudian dan arak.

6. Perjalanan operasi

1. Syarikat Takaful mempunyai Majlis Penasihat Syariah yang bertanggung jawab memberikan nasihat terhadap segala aktiviti termasuk pelaburan. Selain itu syarikat Takaful juga mempunyai unit Syariah yang berperanan sebagai sekretariat kepada Majlis Penasihat Syariah. Syarikat insurans tidak mempunyai bahagian penasihat Syariah kecuali Syarikat MCIS Zurich Insurance. Walaupun begitu, penasihat Syariah ini hanya memberi nasihat dalam bebarapa perkara tertentu sahaja. Namun perjalanan operasinya masih lagi peniagaan insurans konvensional.
2. Pengendali-pengendali Takaful di Malaysia menggunakan dua model perniagaan Takaful iaitu model Mudharabah (perkongsian untung rugi) dan model Wakalah (agensi). Kebanyakan pengendali Takaful menggunakan model Wakalah dan model Mudharabah digunakan oleh Syarikat Takaful Malaysia Berhad.
3. Segala hasil tidak halal yang diperolehi oleh pengendali Takaful tidak akan dikira sebagai pendapatan syarikat sebaliknya akan dimasukkan ke dalam tabung kebajikan. Syarikat insurans tidak mempunyai unsur ini.
4. Pengendali Takaful wajib membayar zakat perniagaan dan cukai tetapi syarikat insurans hanya membayar cukai.

7. Aspek perundangan

Pengendali Takaful tertakluk kepada Akta Takaful 1984 sementara syarikat insurans tertakluk kepada Akta Insurans 1963 (pindaan 1996).

Sebelum kewujudan Takaful, umat Islam terpaksa membeli polisi insurans. Tetapi kini dengan wujudnya banyak syarikat pengendali Takaful, maka ia bukan lagi menjad arternatif atau pilihan kepada umat Islam tetapi seharusnya umat Islam menolak insurans konvensional dan menyertai Takaful. Mudah-mudahan industri Takaful dan sistem kewangan Islam di Malaysia akan terus perkembang dengan subur agar dapat memartbatkan Syariat Islam yang syumul.


Dipetik dari :http://ustazsaifudin.wordpress.com/2008/08/26/perbezaan-antara-takaful-dan-insurans