Showing posts with label PruBSN Link Series. Show all posts
Showing posts with label PruBSN Link Series. Show all posts

Sunday, 2 December 2012

Perlindungan Untuk Baby Sejak Hamil Lagi...

Ramai orang bujang, tak kira la lelaki ke pompuan bila sampai seru nak nikah akan mula berkira2 ngan segala macam perbelanjaan. Perbelanjaan akan bertambah berganda bila disahkan hamil.. ermmm berita kehamilan mmg amat menggembirakan.. dalam gembira, bermacam kerisauan bermain dalam kotak pikiran...


 
Rasa cam nak ngandung balik je

Segala macam perbelanjaan dicongak... dari persiapan untuk menyambut kelahiran sampailah kepada soal perubatan sekiranya bayi kita sakit. nak nak pula sekarang ni kos rawatan amat amat mahal. bagi yang berkemampuan, bolehlah ke hospital swasta... bagi yang kurang kemampuan akan memilih hospital kerajaan... walaupun dari segi rawatan tidak jauh perbezaan antara hospital swasta dan kerajaan. namun elemen keselesaan dan layanan yang membuatkan ramai yang sanggup memilih hospital swasta.

Alangkah best nye kalau setiap kali kita dapat berita gembira berkaitan kehamilan, dari usia kandungan kita 20 minggu lagi bayi yang bakal lahir tu dilindungi dengan perlindungan takaful. Perlindungan takaful tu pula bukan hanya semasa bayi dalam kandungan sahaja, malahan berterusan selepas bayi dilahirkan. sure dah tak risau lagi kan..


Imej yang paling berharga dalam dunia

Teringat masa mengandungkan arwah Alesha dulu. hati gembira berbunga2. Masa tu langsung tak terlintas perkara yang buruk akan berlaku kepada arwah.Walaupun penyakit arwah tidak dapat dikesan semasa dari dalam kandungan, tetapi sebaik sahaja arwah dilahirkan, dia hanya sempat berada di rumah hanya beberapa hari sahaja... selebihnya di Unit Rawatan Rapi Bayi (NICU)... cerita arwah boleh korang baca di pautan kat Alesha Abriza in Memories kat blog ini.

Segala ubat dan nasihat doktor dipatuhi. Semua pantang larang orang tua2 diikut. Tapi sekiranya telah tercatit dalam takdir Allah, tiada siapa dapat menghalangnya. Tetapi, walaupun sesuatu telah ditentukan Allah, kita sebagai hambaNya perlu la berusaha untuk melakukan segala terdaya bagi mengubahnya kerana Allah tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan orang tersebut berusaha untuk mengubahnya.


Arwah Alesha Abriza di hari-hari terakhirnya

Kerana itu Prudential BSN Takaful Berhad memperkenalkan pelan takaful bagi ibu dan bayi yang dikandungnya. Terdapat pilihan perlindungan yang boleh dipilih iaitu PruBSN Smartlink, PruBSN Smartlink + extra basic dan Rider Baby care.

Mesti banyak yang korang nak tau kan? contohnya cam...

1. Apakah perlindungan tambahan yang diberikan dalam PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink melindungi anak korang seawal 20 minggu kehamilan. Semasa tempoh iniPrudential BSN Takaful Berhad memberikan anak korang perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Ianya jugak akan memberikan perlindungan semasa kehamilan serta manfaat-manfaatselepas lahir untuk bayi korang.

2. Siapakah yang layak untuk mengambil pelan PruBSN SmartLink?

Korang boleh memiliki PruBSN SmartLink dari ketika korang hamil 20 minggu dan khas untuk pompuan yang berumur di antara 19 dan 45 tahun.

3. Saya tidak hamil sekarang, apakah pelan yang boleh saya ambil kemudian jika saya bersedia untuk berkeluarga?

Apabila korang sudah bersedia untuk berkeluarga, korang boleh mengambil rider Baby Care. Rider ini melindungi bayi korang dan diri korang semasa hamil dan sehingga 60 hari selepas melahirkan dan Prudential BSN Takaful Berhad akan berikan perlindungan yang sama untuk setiap kelahiran. Diorang juga menyediakan Bonus Imunisasi sebanyak RM200; selepas 2 tahun anak korang dilahirkan.

4. Siapakah yang layak untuk mengambil rider Baby Care?

Khusus untuk pompuan berumur di antara 19 dan 40 tahun, korang boleh mengambil rider ini bersama pelan PruBSN FirstLink atau PruBSN TakafulLink Pelan ini melindungi korang sekiranya korang hamil sebelum korang berumur 46 tahun.

Secara ringkasnya... camni la gambarannya. Katekan korang berminat ngan pelan takaful PruBSN Smartlink + extra basic. Apa yang korang dapat semasa mengandung adalah bayaran manfaat khairat kematian sebanyak RM2000 sekiranya keguguran manakala RM5000 untuk si ibu jika meninggal ketika hamil. Sekiranya si ibu meninggal dalam tempoh 60 hari selepas bersalin, manfaat kehilangan nyawa akan dibayar sebanyak RM5000 juga. Dan diskaun sebanyak 20% bagi pendaftaran pakej darah tali pusat (tawaran ini terhad). Manakala selepas bersalin pulak, sekiranya bayi korang meninggal dalam tempoh 30 hari dilahirkan manfaat kehilangan nyawa sebanyak RM2000 manakala selepas 30 hari, jumlah perlindungan asas dibayar. Sekiranya berlaku kelahiran pramatang dan bayi korang dimasukkan ke ICU/HDU dalam tempoh 30 hari selepas lahir, korang akan menerima bayaran sebanyak RM300/sehari. Akhir sekali sekiranya bayi korang kena inkubasi dalam tempoh 60 selepas dilahirkan tetapi mesti sekurang-kurangnya 3 hari berturutan korang akan menerima sebanyak RM100/sehari. Menarikan??

Korang tau tak PruBSN SmartLink juga menyediakan pelan bijak untuk masa hadapan anak kita. Selepas anak yang uols lahirkan tu berusia setahun, korang boleh menyumbang minimum sejumlah RM50 sebulan bagi tujuan tabungan pendidikan anak korang. Yang paling best, PruBSN SmartLink ini akan menganugerahkan token of appreciation sekiranya anak korang cemerlang dalam peperiksaan awam macam UPSR, PMR, SPM dan sehingga ke ijazah. Anugerah tersebut berdasarkan peratusan yang ditetapkan mengikut peperiksaan tertentu atas sumbangan perlindungan tahunan uols. Misalnya kalau sumbangan pelindungan tahunan korang RM1200 setahun, dan anak korang cemerlang dalam SPM, anugerah yang akan diberi berjumlah RM1800 atau 150% dari sumbangan pelindungan tahunan korang tu. Menarik tak??

Seronok kan bila kita tahu yang bayi yang kita kandung sentiasa dilindungi. Sekurang2nya segala kerisauan kita semasa dan selepas mengandung dapat diringankan.Kalau korang nak tahu lebih lanjut atau nak buat sebarang temujanji, boleh klik sini.


Mama Alesha, An-nisa dan An-Nur Abriza 

TAK TAHU NAK KOMEN APA? TAKPE... LIKE AJE PUN BOLEH


kredit to: VirusPadu.com

Friday, 16 November 2012

Anggota polis perlu insurans peribadi

Oleh MALINDA ABDUL MALIK


SALLEH (kanan) bertanya sesuatu kepada Abu Talib yang cedera dirempuh penunggang motosikal ketika melawatnya di Penang Adventist Hospital, George Town semalam.




GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhasrat mewajibkan anggotanya dicarum dengan skim perlindungan insurans peribadi sebagai persediaan jika berlaku kejadian buruk termasuk di luar waktu bertugas.
Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata, langkah itu merupakan pelengkap kepada insurans berkelompok yang diluluskan kerajaan pada Bajet 2013.
Menurut beliau, insurans peribadi penting memandangkan kemalangan semasa bertugas sehingga melibatkan kecederaan serius kerap berlaku.
"Kejadian pegawai atau anggota polis dirempuh semasa bertugas sering berlaku sejak akhir-akhir ini sehingga memberi kesan buruk kepada anggota tersebut.
"Kita tahu kerajaan menyediakan peruntukan perubatan (kepada polis) tetapi jika mereka sendiri mempunyai skim perlindungan diri peribadi ia lebih baik," katanya selepas melawat seorang anggota polis trafik yang menjadi mangsa kemalangan yang kini dirawat di Penang Adventist Hospital di sini semalam.
Dalam kejadian Isnin lepas, Lans Koperal Abu Talib Shariff parah dirempuh motosikal di Kilometer 127.6 menghala arah utara di Sungai Dua, Butterworth.
Mangsa ketika itu sedang mengeluarkan surat saman kepada seorang pemandu kereta yang tidak memakai tali pinggang keledar dan memandu melebihi had laju.
Dia tiba-tiba dirempuh seorang penunggang motosikal dan mengheretnya sejauh 30 meter sebelum tercampak ke lorong kecemasan.



Jumaat, 16 November 2012

Friday, 9 November 2012

PruBSN Link Series

Fleksibiliti sepenuhnya di tangan anda 
Dapatkan tawaran perlindungan dan pelaburan yang tepat



Sama ada anda akan memperoleh ijazah anda, memulakan keluarga atau
merancang untuk persaraan, anda perlu miliki sebuah pelan kewangan yang
kukuh bagi menyokong matlamat anda serta menyediakan anda untuk sebarang ketidakpastian dalam kehidupan. Dengan PruBSN Link Series, anda boleh membina pelan keseluruhan hidup anda yang dapat menampung keperluan dan keutamaan anda yang berubah, supaya anda dan yang tersayang dapat meneruskan kehidupan dengan selesa, walaupun apa saja kemungkinan berlaku.

Tiga langkah mudah ini akan memberi panduan kepada anda dalam mengenal pasti aras perlindungan dan simpanan sesuai yang anda perlukan buat masa kini dan untuk masa hadapan. Tambahan lagi, anda boleh memilih untuk mempertingkatkan pelan anda dengan manfaat tambahan unik kami, yang direka untuk melengkapi keperluan anda yang meningkat.






Download Risalah

sebelum                                       PRODUK                                 seterusnya

Wednesday, 7 November 2012

PruBSN TakafulLink

PruBSN TakafulLink(26 hingga 70 tahun)



Satukan Matlamat Kewangan anda untuk Kebebasan Kewangan Sepenuhnya

Apakah PruBSN TakafulLink?

PruBSN TakafulLink adalah satu pelan sumbangan berkala
berkaitan pelaburan yang matang apabila anda mencapai umur 80 atau 100 tahun. Dengan pelbagai manfaat tambahan yang disediakan, anda dapat memiliki pelan Takaful komprehensif yang dapat membantu anda menguruskan keperluan anda yang berubah-ubah.

PruBSN TakafulLink adalah untuk anda jika anda berumur di antara 26 hingga 70 tahun.



Apakah tawaran PruBSN TakafulLink?

Dengan jumlah serendah RM100 sebulan, anda akan menikmati
manfaat di bawah kerana menjadi pelanggan setia kami.

Peroleh Bonus Loyalti7
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu

Lengkapkan liputan perlindungan anda dengan manfaat-manfaat9 tambahan berikut untuk memenuhi keperluan kewangan anda.

Tingkatkan perlindungan perubatan dan kesihatan anda
·         Hanya dengan Takaful Health2 anda boleh mendapat manfaatBilik & Penginapan LEBIH TINGGI dan diberi GANJARAN melaluiBonus bagi Tiada Tuntutan (NCB). Anda juga mempunyai fleksibiliti untuk memilih opsyen ko-Takaful atau deduktibel sebanyak RM3,000 atau RM10,000
·         Tingkatkan perlindungan perubatan anda dengan manfaat-manfaat berikut:
o    TH Auto Upgrade – Pelan anda akan dipertingkatkan ke pelan lebih tinggi secara automatik pada ulang tahun ke-5 atau ke-10 tanpa mengira keadaan kesihatan atau sebarang tuntutan perubatan yang anda telah lakukan
o    TH Annual Limit Waiver – Kini, TH Annual Limit Waiverdisediakanuntuk semua pelan Takaful Health2. Anda boleh sertakannya dan membuat tuntutan sehingga had seumur hidup (tertakluk pada ko-Takaful) dalam tempoh satu tahun
o    TH Retirement – Jika anda memilih opsyen deduktibel untuk
·         TH Overseas – Dapatkan rawatan di luar negara iaitu di Singapura, Hong Kong, China dan India untuk LIMA jenis keadaan yang dilindungi – Pembedahan berkaitan dengan kanser, Pembedahan saraf, Pembedahan pintasan arteri koronari, Pembedahan injap jantung dan Pembedahan pemindahan organ
Perlindungan untuk penyakit kritikal
Sertakan Crisis Shield atau Crisis Cover Plus untuk mendapat perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal
Tingkatkan dana simpanan anda
Tingkatkan simpanan anda melalui dana pelaburan terurus kami,Takafulink Dana Urus, atau cepatkan pertumbuhannya dengan melabur dalam ekuiti melalui Takafulink Dana Ekuiti atau Takafulink Dana Ekuiti Dinasti
Pelihara dana simpanan anda
Kekalkan simpanan anda untuk hari kemudian dengan melabur dalam dana yang lebih terjamin, Takafulink Dana Bon
7 Tertakluk kepada terma dan syarat
8 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda
9 Penyertaan manfaat tambahan adalah tertakluk kepada pengunderaitan dan sumbangan tambahan


Download Risalah


sebelum                                       PRODUK                                 seterusnya

PruBSN SmartLink 2

PruBSN SmartLink 
(Manfaat Kehamilan & Bayi)


Kini anda boleh dapatkan sokongan dan lindungi si manja sebelum dia melihat dunia untuk pertama kali

Perkara paling indah dalam kehidupan datang dalam bentuk yang tak dijangka – serupa dengan kelahiran seorang bayi. Jadi, kenapa tunggu sehingga bayi anda telah lahir untuk memberikannya yang terbaik. Kini PruBSN SmartLink meluaskan perlindungan supaya anda boleh mula melindungi si manja dari dalam rahim lagi.

Pelan bijak ini memberikan anda ketenangan jiwa dengan memastikan anda dan bayi anda sentiasa dilindungi - dari mula lagi.



Perlindungan tambahan PruBSN SmartLink

PruBSN SmartLink melindungi anak anda seawal 20 minggu kehamilan dan layak untuk diambil oleh anda yang berumur di antara 19 dan 45 tahun. Semasa tempoh ini kami memberikan anak anda perlindungan yang diperlukan sehingga dia dilahirkan. Dapatkan Extra Basic dan kami akan memberi perlindungan semasa anda hamil serta manfaat-manfaat selepas lahir untuk bayi anda.


Manfaat-manfaat yang diberikan dalam pelan ini




Download Risalah


sebelum                                       PRODUK                                 seterusnya

Tuesday, 6 November 2012

PruBSN FirstLink

PruBSN FirstLink (19 hingga 25 tahun)
Mulakan dengan Rancangan Pertama yang unggul.




Apakah PruBSN FirstLink?

PruBSN FirstLink adalah pelaburan caruman tetap pelan Takaful yang memberikan anda kebebasan untuk mengubah suai rancangan anda untuk memenuhi keperluan gaya hidup anda pada setiap peringkat hidup anda. Pelan ini juga meraikan pencapaian hidup anda melalui ciri-ciri yang unik, Bonus AchieveFirst.



PruBSN FirstLink adalah sesuai jika anda berusia antara 19 hingga 25 tahun. Dengan sumbangan minimum sebanyak RM100 sebulan, anda boleh memilih pelan matang apabila anda mencapai 80 atau 100 tahun.


Apakah tawaran PruBSN FirstLink?

Ciri-ciri unik berikut disediakan hanya untuk anda melalui PruBSN FirstLink.


Raikan pencapaian peringkat kehidupan anda
Sempurnakan salah satu daripada peristiwa-peristiwa berikut dan kami akan RAIKAN pencapaian anda melaluiBonus AchieveFirst1. Anda akan menerima RM500 jika anda Berjaya melakukan peristiwa tersebut sebelum anda mencapai umur 50 tahun. Anda boleh membuat tuntutan ini sekali sahaja.
·         Membeli rumah pertama anda
·         Menunaikan ibadah Haji
·         Berkahwin
·         Menunaikan ibadah Umrah
·         Apabila anak anda dilahirkan
·         Memperoleh ijazah pasca siswazah
Peroleh Bonus Loyalti1
Bayar sumbangan anda secara konsisten dan kami akan memberi anda 5% daripada sumbangan2 perlindungan tahunan anda selepas lengkap tahun sijil ke-10 dan setiap 3 tahun selepas itu
Perlindungan berterusan semasa tempoh sukar1
Pelan ini memastikan bahawa perlindungan anda akan berterusan sehingga enam bulan jika anda tidak mampu membayar sumbangan akibat kehilangan pekerjaan

1 Tertakluk kepada terma dan syarat

2 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda

Download Risalah


sebelum                                       PRODUK                                 seterusnya

PruBSN SmartLink

PruBSN SmartLink (1 hingga 18 tahun)

Pelan Bijak Untuk Masa Hadapan Anak Anda, Lindungi ketika masih dalam kandungan.





Apakah PruBSN SmartLink?

PruBSN SmartLink adalah satu pelan sumbangan berkala berkaitian-pelaburan yang direka untuk menyediakan perlindungan serta membina dana pendidikan yang kukuh untuk anak anda. Pelan ini juga menganugerahkan kecemerlangan akademik anak anda melalui manfaat uniknya, Bonus EduSmart.

Dengan sumbangan minimum berjumlah RM50 sebulan, pelan yang berpatutan ini disediakan untuk anak anda yang berumur di antara 1 hingga 18 tahun. PruBSN SmartLink adalah fleksibel di mana anda boleh memilih sama ada pelan tersebut matang apabila anak anda mencapai 25 tahun atau anda boleh melakukan perancangan masa hadapan supaya ia tamat tempoh pada umur 80 atau 100 tahun.


Anda juga boleh mengambil pelan untuk anak di dalam kandungan jika anda hamil lebih dari 20 minggu. 

Apakah tawaran PruBSN SmartLink?

Nikmati ciri-ciri unik berikut yang disediakan melalui PruBSN SmartLink. Kini ia disertakan perlindungan tambahan iaitu Extra Basic, di mana ia melindungi anda dan kandungan anda seawal 20 minggu kehamilan. Sila rujuk kepada risalah PruBSN SmartLink (Manfaat Kehamilan & Bayi) untuk maklumat lanjut.

Pelan perancangan keluarga

Bagi yang masih belum hamil, dan merancang untuk hamil pada masa hadapan disertakan rider tambahan Baby Care. Rider yang melindungi anda serta bayi anda dan tidak terhad untuk jumlah kelahiran. Bagi mereka yang berminat untuk mengambil rider tambahan ini, perlu mengambil pelan PruBSN FirstLink atau TakafulLink. Pelan ini akan melindungi anda hamil sebelum umur 46 tahun.

Berikut merupakan manfaat yang diilustrasikan


EduSmart Bonus


4 Tertakluk kepada terma dan syarat
5 Ini adalah sumbangan yang diperuntukkan ke dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) anda

Untuk penerangan menyeluruh, sila hubungi saya untuk rundingan percuma.

Download Risalah


sebelum                                       PRODUK                                 seterusnya