Friday 9 November 2012

Pengenalan Prudential BSN Takaful (PruBSN)





Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN) telah ditubuhkan melalui gabungan Prudential Plc (Prudential) dan Bank Simpanan Nasional (BSN). Kedua-dua buah syarikat adalah sangat kukuh di dalam bidang masing-masing. Pada awal tahun 2006, Bank Negara telah memberikan kelulusan kepada PruBSN untuk menjalankan urusniaga Takaful.


Prudential diasaskan pada tahun 1848. dan ia bermula sebagai sebuah syarikat yang menerajui bidang perkhidmatan insurans nyawa dan pencen di United Kingdom. Kini, ia merupakan salah satu kumpulan syarikat perkhidmatan kewangan yang terbesar di dunia. Jenama Prudential telah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun melalui Prudential Assurance. BSN pula ditubuhkan pada tahun 1974, kini, ia mempunyai 9 juta pemegang akaun, 5,100 kakitangan serta lebih daripada 400 rangkaian cawangan di seluruh Negara. BSN merupakan sebuah badan berkanun di bawah pengawasan Kementerian Kewangan.


Gabungan keduanya mewujudkan asas yang kukuh untuk PruBSN, atas sebab Prudential Assurance mempunyai kepakaran dalam bidang pengedaran agensi dan BSN memiliki imej korporat yang membanggakan. Jenama dan identiti menyerlah kedua-dua syarikat telah mewujudkan peluang besar untuk PruBSN mencapai perkembangan yang pesat di dalam Industri Takaful di negara ini.


Visi PruBSN adalah untuk menjadi penyedia perkhidmatan kewangan menepati peraturan Shariah bertaraf nasional. Kami juga ingin menyemai kepentingan nilai keluarga serta semangat bersatu di kalangan kakitangan, rakan perniagaan dan para pelanggan, kerana di PruBSn, Kami Memahami, Kami Prihatin.


PruBSN merupakan peneraju dalam menyediakan penyelesaian Takaful yang inovatif dan dinamik di kalangan industri Takaful di Malaysia. PruBSN merupakan pembekal Takaful yang pertama yang menawarkan pelan Takaful berkaitan pelaburan; yang pertama telah memulakan pelan perubatan menggunakan kad perubatan tanpa kerumitan; pembekal Takaful pertama yang menawarkan bonus tanpa tuntutan sehingga RM500 bagi pelan-pelan perubatan melalui produk Takaful Kesihatan; yang pertama menawarkan tawaran peningkatan 5% di dalam jumlah yang dilindungi setiap 3 tahun melalui pelan pelindung tambahan dan pembekal Takaful pertama yang menawarkan pelan komprehensif yang menggabungkan perlindungan kewangan dan faedah rohani melalui PruBSN Ummah.


Sejak permulaan PruBSN, kami telah terlibat dalam perkongsian dengan institusi Perbankan tempatan untuk mencapai pengagihan yang lebih besar bagi membolehkan kami untuk berkhidmat dan memasarkan produk kami kepada awam. Sehingga kini, PruBSN telah menjadi rakan kongsi dengan Bank Simpanan Nasional, Affin Bank Berhad, Amanah Raya, Tabung Haji dan Bahagian Pinjaman Perumahan.


Dengan kehadiran jenama yang kuat dan servis kewangan yang inovatif yang ditawarkan oleh PruBSN, jumlah pelanggan kami pada masa kini telah melebihi 440,000 pelanggan.


Teras PruBSN


Boleh dipercayai
Bertanggungjawab, jujur & ikhlas dalam soal kerja dan peribadi
Hormat
Menghormati sesama insan dan menjalinkan hubungan mesra.
Memahami
Para pelanggan dan kakitangan sentiasa diutamakan.
Senyum
Mempunyai sikap positif dan senyum selalu.
Bekerjasama
Bersikap tolong menolong dan menghulurkan bantuan tanpa diminta.