Friday 9 November 2012

PruBSN CrisisCover

Di kala memerlukan, kami sentiasa bersama anda.



KERANA ANDA PATUT MENERIMA YANG TERBAIK


Ramai antara kita tidak sedar tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Kita sering mendengar tentang berlakunya peristiwa-peristiwa yang tidak dijangka hampir setiap hari di dalam kehidupan kita. Berapa kerapkah anda mendengar rakan atau ahli keluarga yang jatuh sakit, dan mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kritikal?


Tanpa perlindungan yang secukupnya, kita kadang kala berasa tidak berdaya apabila dilanda musibah. Bersiap sedia dengan satu perancangan kewangan adalah satu langkah bijak yang perlu diambil sekarang. Hidup anda amat berharga. Bukan hanya kepada anda, tetapi juga kepada mereka yang anda kasihi. Satu perancangan kewangan yang baik akan membantu anda di saat memerlukan, membolehkan anda memberi tumpuan untuk pulih, manakala hal-hal lain diuruskan untuk anda.


Temui satu pelan kewangan yang memberi anda yang terbaik
PruBSN CrisisCover adalah satu pelan yang dihasilkan dengan teliti untuk memberi perlindungan meluas untuk anda dan orang tersayang daripada krisis kewangan sekiranya kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyakit-penyakit kritikal seperti serangan jantung, kanser, penyakit arteri koronari, strok, kegagalan buah pinggang, penyakit hati kronik adalah antara penyakit-penyakit berkaitan yang dilindungi, serta kehilangan nyawa dan hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Selain daripada itu, anda juga boleh mengambil perlindungan tambahan untuk mengukuhkan lagi tahap perlindungan anda.


PruBSN CrisisCover. Bantuan di saat anda paling memerlukannya.


Bagaimana PruBSN CrisisCover membantu anda


Bantuan kewangan di saat memerlukan

Memberikan anda wang tunai sekiranya anda disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal yang dilindungi supaya anda boleh mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Perlindungan kewangan untuk keluarga anda

Memberikan keluarga anda wang tunai sekiranya anda kehilangan nyawa, supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka tanpa perlu risau tentang kewangan.
Perlindungan kewangan untuk anda
Memberikan anda wang tunai sekiranya anda tidak dapat terus menyara hidup disebabkan hilang upaya kekal dan menyeluruh.
Lindungi anda daripada tekanan kewangan
Anda tidak perlu bimbang tentang masalah kewangan ketika berdepan dengan krisis.
Dapatkan rawatan perubatan yang lebih baik
Dengan menerima wang tunai tersebut, rawatan perubatan yang terbaik boleh diperolehi.
Kos minimum dengan manfaat maksimum
Memastikan perlindungan kewangan sepenuhnya dengan sumbangan serendah RM0.671 sehari!
Jaminan tempat tinggal bagi keluarga anda

Gunakan wang tunai dari pelan ini untuk menyelesaikan gadai janji rumah anda bagi menjamin tempat tinggal keluarga anda sekiranya sesuatu yang tidak dijangka berlaku kepada anda.




sebelum                                       PRODUK                                 seterusnya