Takaful Health2
Fleksibel mengikut keperluan anda. Pelan perubatan untuk anda – Nilai lebih TINGGI dan lebih BAIK
Nikmati BONUS bagi TIADA TUNTUTAN (NCB)*
Kami memberi anda bonus** tahunan sehingga RM500 sekiranya anda tidak membuat tuntutan dalam tahun sijil tersebut. Kekalkan kesihatan dan anda akan menerima ganjarannya.
Perlindungan KOMPREHENSIF untuk bil hospital dan pembedahan
Takaful Health2 memberi anda ketenangan minda sepenuhnya. Ianya menyediakan perlindungan komprehensif sekiranya anda dimasukkan ke hospital, memerlukan pembedahan atau mendapat rawatan pesakit luar.
Manfaat Bilik dan Penginapan yang bernilai lebih TINGGI
Nikmati manfaat bilik & penginapan yang bernilai lebih tinggi dengan Takaful Health2. Kini, manfaat1 kami bermula dari RM150 harian untuk Had Tahunan Keseluruhan bernilai RM50,000.
Pilihan KO-TAKAFUL atau DEDUKTIBEL
Anda boleh memilih untuk menyertakan ko-takaful atau deduktibel pada pelan Takaful Health2 anda mengikut keperluan anda. Terdapat tiga jenis pilihan deduktibel, iaitu yang bernilai RM3,000 atau RM10,000 ataupun deduktibel Zero***.
Ko-takaful adalah persetujuan perkongsian kos di mana anda akan membayar jumlah peratusan yang ditetapkan bagi satu manfaat yang layak manakala deduktibel ialah amaun tetap yang anda perlu bayar dahulu tidak kira jumlah kos manfaat yang layak (kecuali kos bilik & penginapan harian). Jika deduktibel Zero dipilih, anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan yang dilindungi.
Sertakan bersama TH Retirement apabila anda memilih deduktibel RM3,000 atau RM10,000, dan secara automatik ianya akan menukarkan amaun deduktibel kepada ko-takaful apabila anda mencapai usia 55 tahun. Bukan sahaja pilihan ini menjadikan pelan anda lebih berpatutan, ianya juga memberi anda perlindungan tambahan di waktu anda paling memerlukannnya – semasa zaman persaraan anda.
Deduktibel Zero3 menyediakan kemudahan dan bayaran sepenuhnya bagi manfaat yang dilindungi. Anda tidak perlu membayar sebarang caj perubatan bagi semua manfaat yang dilindungi apabila anda mendapatkan rawatan di hospital-hospital panel kami.
Perlindungan TAMBAHAN sehingga UMUR**** 100
Pelan perubatan Takaful yang komprehensif ini memberi perlindungan sehingga anda mencapai usia 25, 70, 80 atau 100.
LEBIH pilihan dan lebih BERPATUTAN
Pilih dari lima pelan Takaful Health2 mengikut keperluan dan bajet anda. Dari serendah RM100 sebulan, anda pasti dilindungi secukupnya.
*Tidak diberikan bagi pilihan deduktibel Zero.
**Amaun bergantung kepada jenis pelan yang dipilih.
***Pilihan ini dibuka kepada individu yang berumur 19 ke 70 tahun dan umur tamat tempoh maksimum 80 tahun.
****Bagi pilihan deduktibel Zero, umur tamah tempoh yang dibenarkan adalah 70 atau 80 tahun.
Download Risalah
sebelum PRODUK seterusnya