Berikut adalah senarai penyakit kritikal yang akan
dilindungi dalam polisi Takafulink/Takafulink Cerdik PruBSN. Senarai ini
adalah ringkasan sahaja. Saya nyatakan sekali pernyataan di dalam polisi PruBSN
Takaful mengenai pampasan akibat mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit
kritikal.
PENYAKIT KRITIKAL bermaksud mana-mana daripada penyakit
berikut seperti yang ditakrifkan secara berasingan di bawah ini yang berlaku
lebih daripada enam puluh (60) hari selepas Tarikh Polisi seperti yang
ditetapkan dalam jadual atau tarikh sebarang penguatkuasaan semula
manfaat-manfaat yang diperolehi di bawah Polisi ini atau tarikh pengeluaran
Lampiran yang mana terkini.
1- SERANGAN PENYAKIT JANTUNG
2- PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG MEMERLUKAN PEMBEDAHAN
3- STROK
4- KANSER
5- KEGAGALAN GINJAL (BUAH PINGGANG)
6- PENYAKIT LUMPUH/PARAPLEGIA
7- PEMINDAHAN ORGAN UTAMA
8- SKLEROSIS PELBAGAI / BERBILANG
9- HEPATITIS VIRUS FULMINAN
10- HIPERTENSI ARTERI PULMONARI UTAMA
11- KOMA
12- BUTA
13- PENGGANTIAN INJAP JANTUNG
14- PEMBEDAHAN AORTA
15- PENYAKIT ALZHEIMER
16- HILANG PENDENGARAN / PEKAK
17- HILANG KEBOLEHAN BERTUTUR (BISU)
18- KEBAKARAN PARAH
19- PENYAKIT MEMBAWA MAUT
20- AIDS AKIBAT TRANSFUSI DARAH
21- PENYAKIT MOTOR NEURON
22- PENYAKIT PARKINSON
23- PENYAKIT HATI YANG KRONIK
24- PENYAKIT PEPARU YANG KRONIK
25- ANEMIA APLASTIK
26- DISTROFI OTOT
27- POLIOMIELITIS
28- MENINGITIS BAKTERIA
29- TUMOR OTAK BENIGNA
30- ENSEFALITIS
31- FULL BLOWN AIDS
32- LAIN-LAIN PENYAKIT KORONARI ARTERI YANG SERIUS
33- PEMBEDAHAN OTAK
34- SINDROM APALIK
35- TRAUMA KEPALA UTAMA
36- KEHILANGAN TANGAN ATAU KAKI
Penerangan ringkas setiap penyakit kritikal
1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan
darah dan terbukti secara:-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan;
dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi
akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang
melebihi tahap normal makmal.
Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T
sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung.
Angina juga dikecualikan secara khusus.
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri
sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat
penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain
intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.
3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan
serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan
selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan
seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka
tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam
imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral
akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological
boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat
migraine,kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan
vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsi vestibule.
4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal
dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu
normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja)
dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology
malignan. Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termassuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat
Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang
Daya Tahan Penyakit (AIDS).
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila
kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat
dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu
dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.
6. Penyakit Kelumpuhan/Paraplegia
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau
kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan
sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara
berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau
penyakit itu.
7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai
penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar
neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama
sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad
putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang
menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion;
dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan
rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenat
atau semakin pulih.
9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati
separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara
terjalnya mengarah kepada kegagalan hati. Kriteria diagnostik yang perlu ada
ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang
dikesan melalui ultrabunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan
hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk.
Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja
tidak memenuhi criteria diagnostic.
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan
pembesaran ventrikul kanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan
termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan
tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut
Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan
menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.
11. Koma.
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap
rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada
96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan
neurology sehingga melebihi 30 hari. Pengesahan oleh seorang pakar neurology
mestilah diperolehi.
Koma yang diakibatkan secara langsung daripada
kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alcohol adalah
terkecuali.
12. Buta.
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata
secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh
ahli oftalmologi diperlukan.
13. Penggantian Injap Jantung.
Telah menjalani pembedahan dada-terbuka untuk
mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan
tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak
berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula. Pembaikan melalui
pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci
(key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.
14. Pembedahan Aorta.
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau
laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang
pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud
aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau
berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik
piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan
kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis,
penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau
alcohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana
hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh
seorang pakar perubatan yang berkaitan.
16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga
secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau
kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi
mesti dikemukakan.
17. Hilang Percakapan.
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh
dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas (
12 ) bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran
suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang
pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak). Kesemua sebab-sebab berkaitan
psikiatrik adalah terkecuali.
18. Kebakaran Parah.
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi
sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat
dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund
& Browder.
19. Penyakit Membawa Maut.
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan
penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada
kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak
lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan
kesakitan.
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS
dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang
dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac;
dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko
tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara
suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti
dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan
bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.
21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui
etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan
sel tanduk anterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot
spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosis
lateral primer. Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan
neurology.
22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson
oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan
berlarutan.
Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan
kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan
sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi
tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa
memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan
air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di
sediakan ke dalam tubuh badan.
Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi.
Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah
terkecuali.
23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan
kesemua penyakit berikut :-
- Penyakit kuning kekal;
- Askit;
- Ensefalopati;
- Hipotensi portal.
Wernicke’s ansefalopi & penyakit hati sekundar
akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.
24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasan di peringkat akhir
termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik. Semua kriteria-kriteria
berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil
ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu
Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas
paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen
separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.
25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan
menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan
sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.
26. Distrofi Otot.
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh
seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap
penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria
gangguan, cecair spina serebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang
sederhana
iii. Elektromiogram sifatan
iv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy
otot
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali
daripada takrifan ini.
27. Poliomielitis.
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology
tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi
motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan.
Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain
sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
28. Meningitis Bekteria.
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi
membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological
kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan
sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada
dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain
bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan
pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan
untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi
tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa
memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan
air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di
sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
29. Tumor Otak Benigna.
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh
mengancam nyawa,yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan
intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan
kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar
imabasan CT atau MRI.
Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena
otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.
30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk
mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh
(30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini
mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3)
Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan
peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang
digunakan untuk orang hilang upaya. Bagi tujuan pembayaran manfaat ini,
perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan
menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi
tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa
memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan
air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di
sediakan ke dalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
31. Full Blown AIDS
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired
Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody
HIV ( Human Immuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot.
Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang
kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria
berikut :-
i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada
berat badan di sepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wasting
syndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;
vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.
Dalam kes tuntutan kecuali untuk PRUpayor basic,
PRUspouse payor basic, PRUparent payor basic, PRUpayor PSA, PRUspouse payor
PSA, PRUparent payor PSA, PRUwaiver, PRUspouse waiver, PRUparent waiver, 50%
dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000
ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain)
yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar. Baki jumlah akan
dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis
Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga
arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun
Anterior Kiri (LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh
arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada
sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
33. Pembedahan Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan
anaestesia am dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut
dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
34. Sindrom Appalic.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak
menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology
dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1)
bulan.
35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi
yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma
atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh
seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta
menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti
Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan
mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan
untuk orang hilang upaya. Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan
“kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan
pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan
Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi
tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan
Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa
memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas
Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan
air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian
Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian
yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh
Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri
(termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri
dengan cara-cara lain.
vi. Makan
Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di
sediakan ke dalam tubuh badan.
36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada
atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak
dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan
atau pergelangan kaki akibat kecederaan.
Nota: Semua yang
tercatat di atas adalah sebagai penerangan sahaja. Maklumat lengkap, sila rujuk
polisi anda.
No comments:
Post a Comment