Thursday, 6 December 2012

Tak cukup duit la nak ambil insuran… (NO MONEY)


Senario yang biasa didengari bila disarankan untuk mengambil insuran atau takaful. Tiada siapa yang boleh dipersalahkan kerana ilmu kewangan atau lebih khusus lagi pengurusan kewangan tidak diajar di sekolah mahupun di pusat pengajian tinggi.

Jom kita bincangkan. Jom kita selidik punca-punca dan ke mana ya… duit kita selalu ‘HILANG’?.

Antara tips dibawah diharap dapat merungkai segala permasalahan anda.
5
Tips 1 : Senarai Perbelanjaan

Berapa ramaikah di antara anda yang menyenaraikan perbelanjaan setiap bulan? Tidak? Mungkin juga anda ada menyimpan resit bagi setiap perpelanjaan tersebut? Tidak juga? Jadi… bagaimana anda nak tahu kemana wang anda pergi?

So, apa kata mulai hari ini anda senaraikan setiap perbelanjaan yang akan anda lakukan atau telah anda lakukan.

Senaraikan perbelanjaan bulanan anda mengikut beberapa kategori penting. Sebagai contoh perbelanjaan makanan, utiliti, duit poket, pengangkutan, hiburan dan lain-lain. Perincikan kategori perbelanjaan tersebut. Ini akan membantu anda mengenalpasti jumlah perbelanjaan yang anda tanggung setiap bulan.

Contohnya di dalam kategori utiliti, anda perlu membayar:
  • bil air,
  • elektrik,
  • astro,
  • telefon dan
  • bil-bil yang lain.

Sekarang buat anggaran perbelanjaan anda dan sesuaikan dengan kos sara hidup anda dibandingkan dengan pendapatan bulanan anda. Pastikan perbelanjaan anda tidak melebihi 70% atau paling tinggi 80% daripada pendapatan anda. Jika tidak, anda sebenarnya menghadapi masalah aliran tunai yang tidak seimbang dan agak kritikal.
6
Tips 2 : Senarai Hutang

Anda mempunyai hutang pinjaman peribadi? Kereta? Rumah? Atau kad kredit? Anda tahu berapa baki hutang yang perlu anda jelaskan kepada pihak bank setiap bulan? Emmmm…. Tidak ramai sebenarnya yang tahu berapa baki hutang masing-masing. Apa yang mereka tahu ialah membayar sejumlah wang setiap bulan kepada pihak bank dan menunggu masa beberapa tahun untuk melangsaikan hutang tersebut.

Jika anda benar-benar tidak tahu berapa baki hutang anda yang tinggal… tulis dan senaraikan semua hutang-hutang yang ada termasuklah hutang dengan keluarga dan rakan anda. Awas dengan perangkap hutang ya… banyak implikasi buruk jika anda terbeban hutang… anda boleh BACA DI SINI. Kemudian, kira berapa banyak bayaran ansuran yang anda bayar setiap bulan. Apa yang penting, anda mesti memastikan hutang anda tidak melebihi 20% daripada pendapatan anda sebulan.

Menurut Azizi Ali – penulis buku ‘BEST SELLER’: Jutawan Dari Planet Jupiter, beliau menyarankan agar hutang anda sebaik-baik tidak melebihi dari 15% pendapatan bulanan anda. Sekiranya tidak, anda akan merasa terbeban dan bermasalah dengan hutang tersebut.

Jadi macam mana? Dah tahu berapa banyak hutang yang anda tanggung? Banyakkah jumlah bayaran bulanannya? Haaaa…. Baru anda perasan banyaknya hutang anda? Teruskan bacaan anda untuk mengetahui cara penyelesaiannya…
7
Tips 3 : Penyiasatan

Penyiasatan apa pulak ni? Ini bukan slot Edisi Siasat di NTV7 tu ye, tetapi kali ini anda perlu menyiasat sesuatu mengenai kewangan peribadi anda. Apa sebab dan punca yang memungkinkan anda menghadapi krisis kewangan peribadi.

Jom kita mulakan. Pertama sekali, anda perlu tahu apakah puncanya anda menghadapi masalah kewangan. Jangan menyalahkan pendapatan yang kecil sedangkan anda sebenarnya memiliki jumlah hutang yang besar! Anda boleh hidup selesa sekiranya anda menguruskan kewangan dengan betul dan seimbang.

Baik! Dah tahu punca masalah kewangan anda?. Sekarang, senaraikannya satu persatu. Sudah? Jom kita siasat pula perbelanjaan bulanan anda ….

Dalam Tips 1 tadi anda telah menyenaraikan segala perbelanjaan anda selama sebulan. Cuba amati perbelanjaan tersebut. Lihat satu persatu. Yang manakah perbelanjaan yang tidak penting?

Kenalpasti perbelanjaan tersebut dan senaraikannya. Anda juga perlu menyenaraikan perbelanjaan yang boleh dikurangkan atau dalam erti kata lain perbelanjaan yang berlebihan.
8
Tips 4 : Potong…..

Anda sudah melepasi 3 perkara paling utama. Sekarang masanya untuk anda bertindak!

Keluarkan segala perbelanjaan yang tidak penting dari senarai perbelanjaan sebenar anda. Sentiasa ingat, selepas ini elakkan dari membeli sesuatu yang tidak penting atau tidak mendatangkan faedah kecuali atas sebab-sebab tertentu.

Perhatikan senarai perbelanjaan harian atau bulanan anda yang masih tinggal. Tentunya semua perbelanjaan penting buat anda. Fikirkan sekali lagi. Mungkin dalam tidak sedar, sesetengah perbelanjaan tersebut adalah berlebihan atau membazir. Ada tak?

Seterusnya semak semula perbelanjaan tersebut dan kurangkannya pada masa akan datang.

Kedua-dua cara ini dapat membantu anda berjimat sekurang-kurangnya 10% daripada perbelanjaan sebenar! Dengan 10% baki wang yang tinggal ini, anda boleh menyimpannya di dalam tabungan persaraaan anda.

Haaaa.... macam mana? Dah dapat idea yang membantu? Sekarang sudah tentu anda bersedia untuk Tabung Persaraan anda... Hubungi saya di talian 012 680 5316. Kalau malu-malu nak call, hantarkan je sms pon boleh. SMS kan Nama, tarikh lahir, pekerjaan dan status merokok. Nak lagi mudah, isikan je borang yang disediakan di Free Quotation

No comments: