Kenapa kita perlukan Perlindungan Takaful?
Kenapa agaknya kita perlukan takaful? Bila masanya nak guna takaful tu? Badan masih sihat, tak sakit, jadi kenapa nak ada perlindungan takaful?
Mungkin inilah soalan-soalan yang kita ada bila bercakap mengenai takaful. Betul, kalau tak sakit, atau tak payah masuk hospital… buat apa perlukan takaful. ATAU pun, kita mungkin tak terlibat dalam kemalangan, jadi buat apa perlukan takaful.
Biar saya jelaskan kenapa kita perlukan takaful. Ini merupakan persediaan ketika kita dilanda musibah; contohnya penyakit kritikal, kemalangan, dan akhir sekali sekiranya kita meninggal dunia.
Untuk masalah kesihatan, sebenarnya kita ada pilihan samada nak dapatkan rawatan di hospital kerajaan atau hospital swasta (untuk kes-kes berat). Tapi, sekiranya kita ada pilihan untuk memilih hospital untuk dapatkan rawatan, saya yakin semua orang nak pilih hospital swasta. Sebab apa… sebab cepat, selesa, tak perlu tunggu lama-lama, wad pun best.. ada tv, bilik ada aircond lagi.
Bukan nak kata hospital kerajaan tak bagus, cuma kalau kita ada pilihan, apa salahnya kita pilih tempat yang selesa bagi kita.
Kos… memang la kos untuk hospital swasta mahal, masuk 2-3 malam pun dah kena caj ribu-ribu. Kalau saja-saja nak pergi hospital swasta, memang susah la. Tapi, dengan adanya perlindungan takaful, semua tu tak mustahil.. memang kos-kos rawatan ditanggung. Kalau nak kena bayar pun, cuma 10% kos ko-takaful, tu saja. Tapi kini ko-takaful pon boleh di'zero'kan.
Kemalangan… kes ni lagi berat. Langsung tak sempat nak plan apa-apa lagi dah. Ye la, kita pun dah terlantar kat hospital. Kalau dah 'ter'masuk hospital kerajaan, kita boleh mintak untuk dihantar ke hospital swasta (panel takaful) yang kita nak. Tak ada masalah, lagipun pihak hospital boleh gunakan ruang yang ada untuk pesakit lain. Kan senang tu.
Kos perubatan untuk kes kemalangan lagi berat, dan kos semestinya tinggi. Masa tu kita dah tak tau apa dah, yang pening ahli keluarga la, nak kena 'korek' duit dari bank, ahli keluarga, kawan-kawan atau mungkin kena berhutang… kan susah tu.
Jika ada perlindungan takaful, dah pasti kita dah ada 'backup' masa-masa kecemasan macam ni.
Meninggal dunia… yang ni bukan untuk pencarum, sebab masa tu duit dah tak boleh buat apa-apa lagi dah. Cuma yang bagusnya, duit tu berguna untuk ahli keluarga kita, seperti isteri/suami, anak, ibu-bapa, dan hutang-hutang.
Sekurang-kurangnya, ada sikit duit yang kita tinggalkan untuk mereka. Lebih-lebih lagi kalau isteri/suami tak bekerja, kalau tak ada 'backup' kewangan, memang susah la nak teruskan kehidupan dalam sebulan dua tu.
Biasanya, duit pampasan (beserta simpanan) boleh juga digunakan untuk membayar hutang bank, rumah atau kereta. Kalau takde hutang, boleh disimpan untuk kegunaan pendidikan anak-anak. Kan bagus tu.
Sekiranya ditakdirkan kita sihat dan panjang umur, apabila sampai tempoh matang, kita akan dapat pulangan wang tunai hasil simpanan yang ada (cash value). Cuba bayangkan jika kita mencarum dalam tempoh 30 tahun, berapa banyak simpanan kita dalam tabung takaful. Semua duit tu boleh kita gunakan untuk belanja seharian setelah pencen. Bila ditambah dengan duit KWSP dan lain-lain simpanan, memang kaya la.
Semua tu boleh dikecapi dengan syarat kita mulakan langkah sekarang. Kalau ambik perlindungan insuran masa muda, lagi rendah bayaran premium. Sebab apa murah…sebab risiko untuk dapat penyakit masih rendah. Kalau ambik masa umur dah meningkat, tinggi la bayaran premiumnya, sebab mungkin kita dah ada penyakit yang berisiko…seperti sakit jantung, kencing manis (diabetes), darah tinggi dan banyak lagi.
Atas sebab-sebab inilah, saya rasakan amat mustahak bagi kita untuk ada perlindungan takaful. Lupakan sekejap pakej insuran syarikat dan pakej perubatan untuk pekerja kerajaan. Kita semestinya boleh memilih dan membuat keputusan, jadi buatlah keputusan yang bijak. Ini adalah pelaburan masa panjang, sistem pelaburan sekali dengan pakej perlindungan untuk kesihatan dan kos rawatan.
Jangan berkira sangat untuk labur RM150 sebulan, demi perlindungan untuk masa depan. Kita tak boleh nak jangka apa yang akan terjadi esok, tapi kita boleh 'plan' apa yang kita nak untuk esok (falsafah).
Ada yang kata, buat apa dapat duit kalau kita dah meninggal, bukannya boleh merasa duit tu. Ayat tu memang betul, tak dinafikan…t api macam yang dinyatakan sebelum ni, macamana untuk kos rawatan semasa kita masih hidup tapi dalam keadaan sakit; tak boleh kerja dan duit simpanan dah habis? Dan bagaimana pula dengan kehidupan anak-anak dan isteri kita? Adakah kita telah meninggalkan mereka dengan jumlah simpanan yang mencukupi???... fikir-fikirkanlah...... Siapa yang nak bayar tu? Tepuk dada, tanya poket.